Selasa, 11 Disember 2012

The Computer General Shortcuts



CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
Delete (Delete)
Shift+Delete (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+Shift while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+Shift with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
Shift with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
Alt+Enter (View the properties for the selected item)
Alt+F4 (Close the active item, or quit the active program)
Alt+Enter (Display the properties of the selected object)
Alt+Spacebar (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
Alt+Tab (Switch between the open items)
Alt+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
Shift+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
Alt+Spacebar (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
Alt+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
Backspace (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
Shift when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts

CTRL+Tab (Move forward through the tabs)
CTRL+Shift+Tab (Move backward through the tabs)
Tab (Move forward through the options)
Shift+Tab (Move backward through the options)
Alt+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
Enter (Perform the command for the active option or button)
Spacebar (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
Backspace (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Win (Display or hide the Start menu)
Win+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Win+D (Display the desktop)
Win+M (Minimize all of the windows)
Win+Shift+M (Restore the minimized windows)
Win+E (Open My Computer)
Win+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Win+F (Search for computers)
Win+F1 (Display Windows Help)
Win+ L (Lock the keyboard)
Win+R (Open the Run dialog box)
Win+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts

Right Shift for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left Alt+left Shift+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left Alt+left Shift+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
Shift five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Win +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts

END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+* (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK++ (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+- (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
Spacebar (Switch between Enlarged and Nor mal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
Alt+Spacebar (Display the MMC window menu)
Alt+F4 (Close the console)
Alt+A (Display the Action menu)
Alt+V (Display the View menu)
Alt+F (Display the File menu)
Alt+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts

CTRL+P (Print the current page or active pane)
Alt+- (Display the window menu for the active console window)
Shift+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
Alt+Enter (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation

CTRL+Alt+END (Open the micro$oft Windows NT Security dialog box)
Alt+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
Alt+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
Alt+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
Alt+HOME (Display the Start menu)
CTRL+Alt+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
Alt+Delete (Display the Windows menu)
CTRL+Alt+- (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+Alt++ (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing Alt+PRINT SCREEN on a local computer.)

Internet Explorer navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)

Isnin, 10 Disember 2012

Bagaimana membina perniagaan yang tidak akan gagal



Pavilion KL
Pavilion KL
Adakah anda tahu bagaimana seorang usahawan dapat membina perniagaan yang tidak akan gagal? Melalui artikel esok kita akan mempelajari mengapa dan kenapa anda perlu membuat pelaburan untuk unit kedai kormesial. Melalui artikel semalam kita dapat mempelajari kes “study” pengalaman Datin Ann yang mempunyai 33 buah rumah sewa yang diperolehi dari karnival lelongan bank sejak 10 tahun dahulu, tetapi hari ini beliau merasakan perniagaannya itu tidak berbaloi. Pada anda yang belum membacanya, anda boleh mengakses artkel berkenaan melalui link ini.
Mengenai topik kita hari ini. Bagaimana kita boleh membina perniagaan yang tidak akan gagal? apakah faktor-faktor kejayaan sesuatu perniagaan itu terdiri dari modalnya? lokasi? atau pun dari pengalaman dan kemahiran pengusahanya?
Pasti anda tertanya-tanya apakah yang say cuba sampaikan? Baik lah mari kita mulakan. Sebelum anda memulakan satu perniagaan ada satu sikap yang kita perlu ketepikan dahulu, iaitu sikap “cepat kaya”. Ya! sikap ini lah yang telah mengaburi matlamat sebenar kebanyakkan usahawan bumiputra terlalu asyik dan taksub dengan idealisme untuk mencari keuntungan dengan cara mudah.
Cukup lah dengan apa yang kita lalui sekarang. Lakukan satu perubahan. Apa yang saya maksudkan disini adalah buang sikap yang telalu terikut-ikut dengan keuntungan yang cepat. Ramai diantara kita yang mengambil jalan mudah dan sering terjebak dan terperangkap. Yang sedihnya… kesilapan ini akan berulang-ulang kali di hadapi jika usahawan bumiputra itu sendiri tidak mencuba “mencari” peluang baru yang terbentang luas.
Ingat lagi pesanan ini? “9 dari 10 punca rezeki didunia ini datang dari perniagaan” tetapi sebenarnya ramai yang tidak faham akan maksud disebalik kata-kata ini. Anda mungkin berniaga tetapi anda sebenarnya hanya ingin mengaut keuntungan atau ingin membuat duit poket bagi membiayaai status kehidupan anda. Jadi akhirnya perniagaan anda tidak berkembang malah berisiko untuk gulung tikar.
Beberapa minggu lepas saya menerima satu panggilan dari sahabat lama. Namanya Katty, orang sarawak, ikuti perbualan saya dengan beliau;
Ms. katty: Hello! “c-mi” u dimana?
C-mi: hello bos, i dekat office laa…
Ms. Katty: Waa.. hari minggu pun kerja ka? mesti sudah kaya macam ni…
C-mi: Haahaa… apa boleh buat cari makan saja…
Ms. katty: Saya mau jumpa u lah, bila free?
C-mi: next week thursday… apa plan?
Ms. Katty: tidak ada apa… saja mau jumpa u maaa.. lama tak jumpa…
C-mi: Boleh no problem… u datang sini saya belanja u minum…
Ms. Katty: Waa.. macam tu best la… kalau macam tu i nak kasi u satu job.
C-mi: hah? Job apa?
Ms. Katty: I nak sewa kedai I dekat Kelana Jaya…
C-mi: Menarik tu… saya memang ada orang nak sewa kedai…
Ms. Katty: sapa? melayu I tak nak… orang lain ada tak?
C-mi: Apesal tak nak melayu pulak? Melayu la best…
Rasanya lebih elok saya huraikan perbualan saya dengan katty tadi dengan teks lengkap. Dari perbualan saya tadi, saya tertanya-tanya kenapa beliau tidak mahu menyewakan kedai pada orang Melayu? Rupa-rupanya…pada pandangan beliau orang Melayu ini asyik nak buka kedai makan. Apa yang beliau risaukan… takut-takut tak sampai 2 tahun kedai dah tutup sebab banyak persaingan kedai melayu. That was the first impression!.
Kita harus sedar dan memahami pesanan ini. Berkemungkinan dari pemerhatian beliau… orang-orang kita memang minat berniaga tetapi majoritinya dari skop perniagaan kita terlalu kecil. Cuba bayangkan jika hampir 50% orang yang bertanya untuk menyewa kedai tersebut adalah mereka yang ingin membuka kedai makan. Dan kesemua 50% tadi adalah orang melayu yang ingin membuka kedai makan masakan Melayu. Katanya…
Hah? tak pelik ke bunyinya? Jika ini benar… ianya satu kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan pada awal-awal pembabitan mereka. Belum buka kedai lagi kita dah tenmpah tiket untuk gagal.
Baik apakah cara yang terbaik? Jika anda melihat seseorang itu telah membuka kedai makan, cara yang terbaik anda menjadi supplier kedai tersebut. Sebagai contoh, Jika anda mendapati pada satu barisan kedai tersebut mempunyai 5 kedai makanan Melayu, apa salahnya anda menjual barang basah, pertamanya anda mengelakkan persaingan, malah pesaing anda kini telah menjadi rakan kongsi. Apa yang pasti, Kita tidak boleh berniaga seorang diri. Jika anda ingin menjadi usahawan Melayu yang berjaya anda perlu variasikan sumber pendapatan anda.
Sama juga jika anda melihat ada beberapa kedai-kedai runcit dikawasan berhampiran, inilah masanya anda membuka restoran bagi membantu usahawan tersebut. Banyak barangan yang boleh di “channel” kan seperti sos, cili, gula, kopi, teh, milo, susu pekat, sabun basuh, dan macam-macam lagi barangan yang boleh dikongsi bersama. Seperti juga, kedai baiki kereta pasti memerlukan kedai tayar dan kedai aksesori, manakala kedai-kedai tadi memerlukan kedai basuh kereta. Begitulah! Bina satu perniagaan berantaian, berkaitan dan memerlukan dan saling bantu-membantu.
Memang tidak dapat disangkal lagi, seringkali peniaga melayu suka berniaga barangan yang sama dikawasan yang sama. Jika sorang berjaya dengan kedai tomyam banyak lah kedai tomyam disekitarnya. Kalau ada makcik yang menjual kuih, ramai lah makcik-makcik yang lain menjual kuih dikawasan itu. Belum cerita nasi lemak, pun! mengalami keadaan yang sama.
Sebaik-baiknya usahawan Melayu perlu mewujudkan kitaran perniagaan yang berantai. Dimana setiap pengusaha kedai saling bergotong-royong dan lengkap-melengkapi untuk memajukan ekonomi berjasama. Ini lah rahsia yang kita perlu dalami dan fahami. Rantaian ekonomi yang saling berkaitan ini akan membantu banyak usahawan-usahawan bumiputra yang lain. Jika dipraktiskan bersungguh-sungguh pasti suatu hari nanti peniaga-peniaga Melayu ini akan menjadi satu entiti ekonomi yang kukuh dan dihormati.
Sebenarnya kita tidak dapat belajar sedikit pun apabila kita mengambil jalan mudah, berbeza mereka yang bekerja siang dan malam, berusaha dan mengalami kegagalan dan tidak berputus asa malah bangun untuk memperbaiki kemahiran mereka dari hari kehari. Setiap hari esok mesti baik dari hari ini.
Bagaimana dengan kedai Ms. Katty tadi?
Voila!
Saya berjaya mendapatkan penyewa untuk beliau. “Surprisingly” dia tak kisah sesiapa pun yang sewa asalkan bukan buka kedai makan

Sabtu, 8 Disember 2012

TIPS MULA PERNIAGAAN


TIPS MULA PERNIAGAAN




Post kali ini saya ingin kongsikan tips Bagaimana ingin memulakan perniagaan?. Saya buat post ini hanya kerana berminat sangat dengan bidang perniagaan malah kalau diberi peluang untuk berniaga saya nak sangat fokus dalam bidang ini. Tips-tips ini saya dapat hasil pembacaan saya di blog-blog tips perniagaan. Jom saya kongsi tips ini. Tapi tipd ini saya dapt dari web inihttp://alkiram.net/salam/  


1. Niat atau Perancangan - Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu kita, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari kita samaada jangkamasa pendek atau selamanya. Sudah semestinya menceburi bidang ini kita hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan kita nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah kita telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan kita dalam setiap langkah yang kita aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap dikemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang kita lakukan.
2. Ilmu Untuk memulakan sesuatu yang baru kita memerlukan ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang kita akan usahakan,  contohnya jika kita hendak membuka kedai kek, kita perlu tahu ramuan, bahan mentah yang hendak digunakan, pembekal, peralatan yang digunakan. Ataupun jika kita hendak menjadi kontraktor, kita perlu tahu aspek pembinaan, bahan binaan digunakan, nisbah campuran simen, jentera digunakan dan banyak lagi. Ataupun jika kita hendak menjual produk kesihatan, kita perlulah tahu akta Kementerian Kesihatan terhadap kesan-kesan sampingan, pembekal produk halal, harga untuk dipasarkan, Kandungan ramuan dan lain-lain. Bak kata ilmu itu tiada penghujungnya, carilah ilmu sampai ke Negeri China. Sesungguhnya untuk mencari ilmu, kita tidak perlu malu dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu tapi biarlah dengan jalan yang diredhai.
3. Pratikal Kebiasaannya ilmu yang diperolehi perlulah kita praktikan, jangan anggap melalui teori sahaja memadai, banyakkan bertanya. Berdampingan dengan orang yang lebih berpengalaman. INGAT!! untuk dapatkan ilmu bukan dalam sekelip mata. Pastikan banyak membuat ulangkaji dan menyusun matlamat mengikut jadual. Pastikan semua kerja mengikut jadual.
4. Modal Seperti biasa, apa jua yang kita lakukan memerlukan modal. Jika ada simpanan sedikit, pastikan kita dapat membahagi antara tujuan modal perniagaan dan simpanan hari tua kita. Jika kita bermula dari bawah, banyak institusi-institusi perbankan menawarkan pinjaman atau geran untuk kita memulakan sesuatu perniagaan. Jangan sesekali berurusan dengan Ah Long!, ini kerana kerajaan kita telah banyak menawarkan kursus-kursus, bantuan, pinjaman kepada usahawan yang baru/ mengembangkan perniagaan mereka.
antara institusi yang menawarkan skim pinjaman ialah:
- Semua bank di Malaysia yang melekatkan stiker PINJAMAN MIKRO, tapi saya ingin mengingatkan anda semua, setiap bank memerlukan syarat yang berbeza, tujuan yang berbeza, jumlah had pinjaman yang berbeza. Namun apa yang mengecewakan saya sebenarnya kesemua pinjaman itu mengenakan faedah yang tinggi melebihi 5%-15% setahun. Memang syaratnya mudah, cepat, tapi tujuan utama bank ialah untuk keuntungan mereka juga.
- Jadi saya lebih mengesyorkan anda semua melihat institusi kerajaan seperti TEKUN. faedah serendah 2% insyallah tidak membebankan anda. Selain bantuan khas seperti khidmat nasihat dan panduan yang diberikan.
- Selain itu, jika anda pernah mendengar PUNB atau perbadanan usahawan nasional berhad yang baru-baru ini kecoh pasal kes pasal 2 orang staf PUNB pecah amanah melibatkan jutaan ringgit, tapi sebenarnya PUNB banyak membantu usahawan muda, atau ingin mengembangkan perniagaan mereka. di PUNB terdapat 3 skim, iaitu skim prosper, skim siswazah, dan skim pemborong. setiap skim mempunyai syarat yang berlainan, jumlah had pinjaman yang berlainan, cara pengurusan yang berlainan. Pada graduan yang menganggur saya mengesyorkan anda mengikuti skim siswazah, selain memberi khidmat nasihat, siswazah juga mendapat pinjaman tidak melebihi RM100 ribu jika mengikuti kursus-kursus yang dijalankan oleh PUNB. PUNB tidak dikenakan faedah namun ditukarkan kepada kos yuran perkhidmatan (4% juga faedah juga kalau kire-kire balik).
- SMIDEC Corp mungkin baru bagi anda, tapi sebenarnya SMIDEC telah banyak membantu usahawan baru untuk mengembangkan perniagaan mereka. Permohonan Geran suatu yang amat saya gembira kerana kerajaan benar-benar membantu usahawan baru. Ini bukan pinjaman!! kalau dah nama bukan pinjaman, tak perlu bayar balik lah!! tapi cara kena betul. pihak SMIDEC akan datang sendiri untuk lawatan tapak sebelum meluluskan sesuatu permohonan. Had permohonan geran iaitu RM100 ribu untuk pembiayaan selama 2 tahun kalau tak silap saya. atau tuan boleh bertanya sendiri kepada pihak SMIDEC Corp.antara syarat-syaratnya mempunyai lesen perniagaan, perjanjian sewa beli premis, daftar niaga yang tidak melebihi setahun.
- MARA adalah institusi yang membantu orang melayu khususnya, tidak ada yang menidakkan MARA ialah satu organisasi yang melahirkan usahawan-usahawan melayu berjaya. saya kurang pasti skim yang ditawarkan. Tapi kalau tak silap ialah RM200 ribu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun apa yang saya kecewanya, pihak mara membantu melalui peralatan-peralatan, jentera atau perkakas yang hendak digunakan dan bukannya wang tunai. Namun kebaikan MARA berbuat begitu adalah kerana takut usahawa melayu kita mudah lupa diri, ada duit sikit aje udah pakai BMW, koman-koman pun Honda Civic.
- STEB, skim tabung usahawan belia, melalui kerjasama bank rayat dan kementerian belia dan sukan, saya tak pasti skim ini ada lagi atau tidak, tapi bagi belia yang ingin mendapat pinjaman sehingga RM50 ribu boleh bermula dengan mengambil ujian “suaikenal” yang tak sampai 10 minit. buat kertas kerja.
- Agro bank untuk belia tani, ada tanah? Agro bank sedia beri lembu atau kambing dengan syarat baka pertama mesti dipulangkan sebagai “pembayaran balik” dan baka kedua ketiga tuh milik kita lah.. tapi saya kurang pasti samada skim ini masih wujud atau sebaliknya.
- Jab. Pertanian, ini kepada sesiapa yang ingin membuat perniagaan kecil-kecilan seperti pengusaha santan ke, jab. pertanian sedia memberi mesin-mesin untuk menghasilkan santan, kerisik, peti sejuk contohnya. cuma buat kertas kerja dan hantar kepada mereka. Memang kerajaan ada memberi peruntukan untuk permohonan seperti ini.
andai kata anda mempunyai kemuskilan atau saya tersilap mengeluarkan fakta ke, saya memohon maaf.
5. Prosedur pendaftaran Perniagaan Jika anda mempunyai modal untuk memulakan perniagaan, bolehlah anda mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (semenanjung) , pastikan anda telah tahu apakah nama perniagaan anda untuk didaftar (ROB) Registration Of Business, buat carian nama kalau-kalau nama perniagaan itu telah digunapakai oleh orang lain. Kenapa saya cakap daftar perniagaan? ini kerana daftar perniagaan dan daftar syarikat adalah 2 perkara yang berbeza. Daftar perniagaan, dengan beratur tulis nama, alamat, produk yang hendak dijual dan bayar RM60-RM70 sudah dikira daftar perniagaan. contohnya nama perniagaan: Kedai Runcit Abu, Warung Kak Yam, Baiduri Enterprise, Gemilang Trading, Alkiram Enterprise, Rahsia Hebat Resouces dan sebagainya.
Tetapi daftar syarikat memerlukan setiausaha yang diiktiraf yang bayaran mengikut modal berbayar yang mencecah ribuan ringgit untuk pendaftaran. dengan itu, secara tak langsung Gemilang Trading tadi contohnya bertukar nama Gemilang Trading Sendirian Berhad. (SDN BHD). itu dipanggil ROC iaitu Registration Of Company.
Bagi perniagaan perkongsian, pastikan kedua-dua ahli kongsi hadir untuk menandatangani borang pendaftaran selain disahkan oleh pesuruhjaya sumpah. Jangkamasa siap daftar niaga ialah 30minit. sebarang pertanyaan anda boleh layari http://www.ssm.com.my
- Tips memilih nama perniagaan: kalau boleh carilah nama am, contohnya Gemilang Cahaya, Kayangan Bistari, ini kerana pihak berkuasa mudah meluluskan sesuatu permohonan jika mendaftar sesuatu, contohnya apabila kita mendaftar Kedai Runcit Seremban, tetapi apabila anda ingin membuka cawangan di Cheras ini akan menimbulkan kesulitan dimudian hari, contoh lain, apabila kite mendaftar perniagaan kedai dobi contohnya, kite tidak boleh tukar perniagaan kedai runcit pada masa akan datang. tapi jika nama AM, apa sahaja perniagaan kita boleh lakukan, contohnya Warisan Unggul, tetapi kita boleh menambah dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendaftar lesen dengan menambah ‘Kedai Perabot’ Warisan Unggul.
- Pastikan anda terus membuat cop syarikat untuk berurusan dengan pihak bank, pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda membuat sekurang-kurangnya 2 cop iaitu satu cop berlamat penuh dan satu tidak beralamat tetapi mempunyai nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan dan tempat menandangantangan ……………..
6. Pendaftaran Akaun Bank (PENTING) Setelah selesai mendaftar perniagaan, perniagaan anda perlulah mempunyai akaun, akaun diatas nama perniagaan dimana segala urusan membabitkan kewangan, kerana akaun semasa perniagaan akan dibekalkan dengan buku cek, kad atm (atm hanya untuk pemilik tunggal sahaja). Untuk membuka akaun perniagaan, selalunya sekurang-kurangnya RM1000 untuk membuka akaun perniagaan bagi pemilik tunggal dan RM3000 untuk perniagaan perkongsian.
Jika terdapat ahli kongsi, anda boleh memilih samaada memerlukan 2 orang penandatangan, ataupun salah seorang memadai untuk menandatangan cek perniagaan anda. Bagi akaun perniagaan, tiada lagi buku akaun yang perlu disimpan oleh pemiliknya, pihak bank akan menghantar penyata akaun bagi setiap awal bulan bagi bulan sebelumnya. Bagi anda yang memerlukan penyata segera, anda boleh terus ke kaunter bank dengan meminta pihak bank mencetak penyata terkini dengan kadar bayaran RM1-RM2 bagi setiap helaian kertas.
Tips untuk memilih bank perniagaan anda: Sebenarnya perkara paling penting untuk anda memilih bank ialah dengan mencari bank yang paling hampir dengan premis atau rumah anda, ini akan membantu anda jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan akaun atau cek anda nanti. Selain itu, anda juga boleh memilih bank yang memberi dividen atau perkhidmatan yang anda rasa memuaskan. Selalunya perkhidmatan dilihat dari segi kecekapan pengurusan, cepat, mudah, atau online banking yang tidak mengenakan sebarang caj-caj tahunan, sistem keselamatan online banking atau jaminan simpanan anda semasa anda berurusan dengan bank tersebut.
Banyak lagi yang anda boleh ketahui antaranya:
Cara-cara untuk menjadi pembekal kepada agensi kerajaan, swasta dan masyarakat,
Format untuk membuat rancangan perniagaan, cara-cara menjadi kontraktor binaan, kontraktor pembersihan, kontraktor pembekal, membuka pernigaan kecilan-kecilan, industri sederhana dan kecil. Membuka kilang dengan kelulusan dari pelbagai agensi berkaitan, Mendapatkan pembekal dengan harga jauh lebih rendah, pantang-larang perniagaan dari sudut pandangan kaum cina, cara-cara untuk mempromosikan perniagaan anda, cara untuk mengesport produk anda, dan lain-lain.
Memetik catatan IrfanKhairi dalam http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perakaunan-dalam-perniagaan/ mengatakan :
Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!
Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.
Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah.
Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!
Aliran tunai adalah nadi dalam sesuatu perniagaan!
7. Premis
Kalau diikutkan, premis ini bukanlah bermaksud gerai , kedai , warung , restoran semata-mata, tetapi akan dilihat apa perniagaan yang kita akan lakukan sebenarnya. Contohnya jika sebuah taska dibuka, kawasan perumahan juga telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Atau pengusaha kraftangan, juga boleh dilakukan dirumah. Cuma suasana semasa berurusan dengan pelanggan itu adakah selesa atau mencakupi segala aspek untuk kita berniaga? Contohnya pemborong memerlukan sebuah gudang untuk menyimpan barangan yang diborong, adakah kawasan perumahan sesuai untuk berurusan dengan pelanggan? Jika itu, usahawan perlu mengetahui sejauh mana kemampuan dari segi wang ringgit untuk mencari premis-premis yang strategik, sesuai, selesa dan selamat. Contohnya kontraktor pembekalan sudah memadai dengan meletakkan alamat rumah sebagai alamat rasmi perniagaan, tapi adakah pernah terfikir jika pihak tertentu datang untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap premis yang didaftarkan itu? Dan kekeliruan orang awam terhadap apa yang kita lakukan.
Tips Mencari Premis yang sesuai: Yang pertama sekali ialah kemampuan modal kewangan kita untuk menyewa atau membeli premis tersebut, selain kawasan yang strategik, padat, mudah dikunjungi, selamat, mempunyai sijil duduki dari pihak berkuasa.
Pantang-larang cina untuk memilih premis: premis tidak bertentangan dengan simpang tiga, bertentangan gunung atau bukit yang dipercayai menutup laluan rezeki mereka, mengelak mendapatkan premis bernombor 4 (bermaksud mati dalam sebutan bahasa cina) “umat islam dilarang sama sekali untuk mempercayai kepercayaan-kepercayaan tersebut dan seangkatan dengannya”
8. Pelesenan
Lesen adalah satu ungkapan umum dan sangat meluas, lesen yang dikeluarkan termasuklah lesen menjaja, lesen berniaga, lesen membina, permit sementara juga merupakan lesen iaitu kebenaran untuk melakukan sesuatu kerja didalam kawasan pihak berkuasa tempatan mengikut akta-akta, undang-undang, syarat-syarat, prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Lesen boleh dipohon dengan adanya alamat premis, pendaftaran perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang untuk caj perkhidmatan. Selalu borang untuk mendapatkan lessen disertakan sekali dengan borang papan iklan premis yang perlu dilengkapkan dan dilampirkan sekali dengan visual atau gambarajah papan iklan perniagaan anda. Merupakan satu kesalahan membuat papan iklan tanpa permit.
Contohnya, permohonan lessen pengilang adalah lebih banyak prosedurnya berbanding perniagaan ‘trading’, kilang yang ingin memohon lessen untuk beroperasi perlu untuk mendapatkan surat sokongan dari pihak jabatan alam sekitar, jabatan bomba, jabatan keselamatan pekerja, kastam dan sebagainya.
Contohnya pihak bomba memerlukan anda untuk memasang system pencegah kebakaran, pemadam api, ataupun pihak kastam memerlukan anda mempunyai akta jualan kastam (sila rujuk dengan kastam) , atau jabatan imegresen untuk majikan yang mempunyai pekerja asing, dan jabatan kesihatan untuk memastikan pekerja asing tidak mempunyai penyakit berjangkit. Jika pihak majikan berurusan dengan balak, banyak prosedur jabatan hutan yang perlu diikuti, sisa bahan pepejal tidak boleh dibuang sesuka hati, menurut jabatan alam sekitar hanya pihak yang ditauliahkan sahaja dibenar untuk melupuskan sisa pepejal ini, jika disabitkan kesalahan, hukuman pasti menanti.
Peringatan: Bukan setiap permohonan diluluskan oleh pihak berkuasa!! Pastikan anda mematuhi, mengikuti peraturan atau syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT.
9. Mengubahsuai, menyusun Stok, Membersih kawasan premis
Sebenarnya, dalam tempoh kita memohon lesen untuk berniaga, kita telahpun bersedia untuk menyusun produk-produk, membersihkan premis, menyiapkan perjanjian sewa/beli premis, mengubahsuai ruang dalam, hiasan dalaman, contohnya kopitam memerlukan tempoh yang lama untuk disiapkan hiasan dalaman, jadi ianya perlu diuruskan dengan lebih awal. Pastikan kita mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak PBT untuk mengubahsuai bangunan agar tidak melanggar peraturan pihak PBT.
Contohnya mendapatkan permit untuk meletak kren di hadapan premis untuk memasang signboard agar tidak mengganggu kesesakan lalu lintas. Permit membancuh simen di kawasan letak kereta contohnya. Dan sebagainya. Bagi yang memulakan perniagaan di rumah, pastikan apa-apa tindakan anda tidak mengelirukan jiran-jiran dan masyarakat setempat, contohnya lori senantiasa melalui rumah anda sehingga mewujudkan rasa kurang senang jiran-jiran anda.
Jika anda ingin memulakan perniagaan bakeri atau seangkatan dengannya, anda perlu memastikan sistem pengudaraan premis lancer, pendawaian elektrik mengikut kadar yang diperlukan ini kerana pembakar (Oven) memerlukan kadar kuasa yang lebih besar berbanding biasa.
Tips: Jika ada peruntukan lebih, carilah seorang perunding hiasan dalaman untuk memberi cadangan tentang premis anda yang akan bermula operasi.
10. Promosi
-Dalam perniagaan semua orang mempunyai perancangan yang teratur dari segi modal/kewangan untuk memulakan perniagaan dan mengatur strategi yang begitu hebat tapi Bidang Promosi ADALAH PENTING kerana dalam perniagaan dari segi PEMASARAN adalah ibarat2 dahan/ranting yang akan melipat-gandakan keuntungan. Apabila disebutkan dengan PROMOSI maka ia akan bermula dengan PENGIKLANAN samada dalam media elektronik seperti Iklan di internet sebagaimana di web ini juga boleh rujuk di pautan ini : http://alkiram.net/salam/permohonan-iklan/ atau media cetak seperti menyediakan flyer,bisnes kad, poster,iklan di akhbar dan sebagainya.
Promosi juga boleh dikatakan sebagai tunjang dalam perniagaan..apabila kita menyedaikan RP (Kertas Rancangan Perniagaan) kita mesti menyediakan budjet utk promosi terpulang kepada kekreativiti masing2 dan bergantung jenis perniagaan yang kita lakukan.
11. SIGNBOARD (PAPAN TANDA)
Amat penting antara cabang dari promosi kalau kita mempunyai premis perniagaan kita letakkan papan tanda tersebut di jarak beberapa KM atau METER dari KEDAI/PREMIS perniagaan kita…terutaman dijalan2 utama atau persimpangan jalan..misalkan KEDAI KEK GEMILANG 500 meter dihadapan..KEDAI TAYAR 1 KM Dihadapan…
12.APA YANG DIFIKIRKAN PERLU.

Pembiayaan Perniagaan PUNB


Apabila anak Bonda, Iffah nak berniaga, Bonda juga turut teruja untuk sama-sama berniaga. Kami saling memberi moral support to each other. Bonda mencari peluang dan cara mendapatkan pembiayaan bagi bisness. Apa yang perlu dilakukan adalah buka mulut, bertanya. Kerana tindakan itulah (buka mulut) maka Bonda mengenali Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Pada 13 Disember 2010, Bonda mengenali PUNB secara lebih dekat. Banyak informasi yang Bonda dapat hasil daripada lawatan Bonda. Ini yang Bonda nak share, mudah-mudahan ianya berguna buat anda.
Bonda ke sana ditemani oleh anak Bonda, Iffah. Rupa-rupanya PUNB sentiasa mengadakan walk in briefing pada setiap hari Isnin, jam 10 pagi. Jika mengikuti sepenuhnya, sampai lunch time jugaklah baru settle. Nasihat Bonda, sebelum pergi/ hadir taklimat, breakfast dulu. Jika tak, "kena anggaplah berpuasa pada ketika itu". Petikan pesanan penceramahnya. Best penceramahnya, tidak membosankan, kelakar gile. Nama penceramahnya adalah Encik Mohd Rasyidi Zainal.
Parking kat-kat situ, RM4 perjam. Jadi bajet sendirilah macam mana cara ekonomikal untuk hadir.

PUNB adalah salah satu perbadanan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Satu lagi perbadanan di bawah YPB adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB). PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1992 dan mula beroperasi pada 2 Mac 1992.

Di awal taklimat, Encik Mohd Rasyidi Zainal bagi tau, bagi perniagaan yang baru nak dimulakan, ada 7 jenis peniagaan yang telah dibekukan permohonannya mulai tahun 2011. Sampai bila? Tak pulak diberitahu. Perniagaan tersebut adalah ...
  1. Restoran
  2. Kedai runcit
  3. Kedai dobi
  4. Kedai kek dan roti
  5. Kedai gambar
  6. Kedai buku dan alat tulis
  7. Futsa
Jadi, jika ada berhajat pada mana-mana yang di atas tu, kenalah cari alternatif lain. Bisness yang Bonda bercadang nak usahakan termasuk dalam salah satunya. Tapi jika nak kembangkan mana-mana bisness itu masih boleh memohon pembiayaan PUNB.
Kenapa dah bekukan permohonan? Sebabnya usahawan yang menjalankan bisness itu tidak menunjukkan daya maju yang baik. Dengan kata lain, bisness tu cepat buka, cepat juga tutupnya.

Bonda juga diberitahu, ada dua (2) perniagaan di luar skop PUNB, iaitu:
  1. Francais
  2. Pertanian 3M (Menanam, Menternak, Memelihara)
Jika anda berminat dengan perniagaan francais, sila tanya Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Khamis, 6 Disember 2012

Macam Mana Nak Dapatkan Modal Untuk Mulakan Perniagaan


Sekadar berkongsi, saya graduan uitm, pernah join kursus Skim Siswazah Perantis PUNB Setahun - 2nd Batch, pernah join juga kursus PHASER PKNS 6 bulan,

Mengikut pengalaman yang sudah dilalui, paling baik, kita mulakan perniagaan tanpa pinjaman dan hutang daripada mana-mana.. Terpulan kepada saudari/saudara apa yang nak diniagakan, berapa modal yang saudari dan saudara perlukan. Secara jujurnya saya mulakan perniagaan zero modal, daripada jualan pertama, keuntungan daripada sana, saya kembangkan untuk jadi modal awal. 

Sebagai info tambahan, pihak pembiayaan bank PUNB, MARA, atau SME sekalipun agak sukar untuk memberikan pinjaman memandangkan tiada apa-apa bukti yang akan mengukuhkan keyakinan mereka bahwa peminjam mampu bayar balik. Normal, macam kita juga, kalau ada kawan-kawan kita yang nak pinjam duit, kita mesti akan tgok kehidupan dia camana, apa yang akan membuatkan dia mampu membayar balik pinjaman kita tadi.

Mentaliti bangsa Melayu, nak semua sempurna dan ada kedai baru nak mula niaga.. kalau masih berfikiran macamni, sampai bila akan memulakan perniagaan?

Mentaliti bangsa Cina, redah je dengan apa yang ada. Gunakan apa yang ada dulu, kembangkan apa yang ada ditangan. 

Pandangan dan idea dari saya untuk saudara/i, untuk permulaan usahakan buat bisnes secara dropshipping terlebih dahulu. Dalam ni banyak yang iklankan produk. Terpulang mahu pilih yang Mana. InsyaAllah, kena sabar dan tabah dalam mendaki tangga. Tiada short cut untuk berjaya.. Rasakan dulu pahitnya dan susahnya menjadi peniaga, semua tu latihan untuk fizikal, mental, dan rohani..

Kalau dah lama buat perniagaan cth setahun ke tiga tahun, kalau rasa nak kembangkan lagi biz, barulah fikirkan dana mana yang boleh digunakan.

Sambil tu, rajin-rajinkan ikut kursus perniagaan yang ditawarkan seperti MARA, PUNB, SUS [SKIM USAHAWAN SISWAZAH], MECD, banyak lagi sebenarnya.. try gugel..

Salam Sukses!

Khamis, 18 Oktober 2012

K-29 ENERGY PLUS

K-29...antara produk yang membantu mengekalkan tenaga anda. Makanan supplement terbaik untuk ahli sukan. Juga pada mereka yang bekerja yang menggunakan tenaga yang banyak. Disamping membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga, ia juga baik untuk memastikan kesihatan kita pada tahap yang optimum. 
CUBALAH K-29 UNTUK MEMASTIKAN ANDA SENTIASA CERGAS DAN BERTENAGA
HUBUNGI : IMAH 0194810341

Alpha Lipid Slim Diet

Alpha Lipid Lifeline